Saturday, July 8, 2023

PAN FRIED BABY POTATOES


        Hehehe makan kentang lagi Kjee ni. Ya lah itu aje yang Kjee selera makan. Nasi dah tak boleh telan lagi sejak akhir2 ni. 😓
         Dah lama Kjee cari Baby Potatoes. Tetiba kelmarin singgah kat Hero Market, ternampak. Terus Kjee rembat satu peket. Tadi lupa nak amik foto. So foto bawah ini ehsan Cik Google.
         Yang Kjee beli serupalah macam dalam foto diatas tu. Dari Indonesia. Murah aje. Satu peket tak sampai rm4. Sama aje rasanya dengan yang pernah Kjee beli kat Jaya Grocers yang kononnya diimport dari Australia. Dan harganya pun berkali-kali ganda. 😬
         Kjee suka pan fry Baby Potatoes ini. Buat ratah. Ianya kenit2 maklumlah namanya baby kan. 😀

          Mula2 cuci bersih2. Tak perlu buang kulit. Kemudian Kjee rebus dalam air yang telah diletak garam. Rebus dalam 10 minit. Jangan terlalu lembik. Agak2 dalam tiga suku masak jer. Cucuk dengan garfu. Tengahnya masih agak keras. Pastu ditoskan, biar sejuk sekejap dan belah dua. 

        Kjee ketuk-ketuk 7-8 ulas bawang putih. Jangan hancur sangat. Lebih banyak pada Kjee lagi sedap. Tepikan. 
        Kemudian Kjee guna non stick pan untuk panaskan lebih kurang dua sudu besar, butter. Sebelum butter cair sepenuhnya susun kentang tadi. Cut side down. Guna api sederhana. Intai satu kalau dah garing, terbalikkan semuanya. Pastikan semua mesra dengan butter cair tadi. 


         Apabila sudah nampak garing, taburkan bawang putih dan terus dibalik-balik sehingga semua garing. Hati2 jangan sampai bawang putih hangit. 
         Taburkan sedikit cili flakes dan padam api. Rasa. Kjee juga letak Ajishio Blackpepper. Kalau tak ada boleh letak garam. Hati2 jangan berani2 letak garam sebab masa rebus awal tadi airnya dah masin. 
         Itu aje. Tadi Kjee ratah sowang2. Kenyang. Ada lagi sikit untuk dinner. Sedapnya especially dikunyah bawang putih yang garing. 
         Boleh dijadikan kudapan atau sebagai peneman steak atau ayam goreng. 
         
        

Related Posts:

  • KACANG KUDA TIDAK MENGEMUKKAN?       Kacang kuda antara makanan yang dikatakan paling berkhasiat. Hah korang dah tahu?!! Malunya... Kjee baru tahu. Itu pun dapat bantuan Cik Google. Elok bebenor untuk mereka yang tak ada kerja lain sel… Read More
  • UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL DAN KELAPA         Kalau asal bukan dari kampung, Ubi Kayu Rebus ini adalah satu-satunya makanan yang dinanti-nantikan. Walaupun ini makanan ruji atuk, nenek dan jugak emak masa zaman Jepun dulu, tetapi Kjee jar… Read More
  • POPPERS KENTANG KEJU Dah berzaman Kjee tak buat Cheese Potato Poppers. Dulu masa Nadia sekolah rendah, rajin Kjee buat untuk bekal dia ke sekolah. Bukan tak boleh beli tetapi semua tak menepati citarasa. Baik poppers mahupun nuggets.… Read More
  • MENGIMBAU KENANGAN DENGAN SRIKAYA        Masa kecil dulu, tiap petang kami tiga beradik (yang keempat masih dalam buaian), akan tunggu depan rumah. Tunggu Bengali jual roti. Dari jauh dia sudah bunyi loceng pada basikal tuanya. Ton… Read More
  • BERGEDIL CORN BEEF       Plan siang tadi nak buat Croquette (disebut kro-ket), sejenis makanan dari bunyinya kita tahu berasal dari Perancis. Tetapi apabila ada sahaja bahan yang tak lengkap, makan Kjee buat sahaja Bergedi… Read More

0 comments:

Post a Comment