Thursday, July 6, 2023

SAMBAL GORENG FUCUK 2.0


         Tak tau kenapa lama bebenor Kjee tak masak Sambal Goreng Fucuk ni. Mungkin kerana jarang ada stok fucuk dalam pantri. Maklumlah kebiasaannya kalau nak masak baru dibeli. 
         Kelmarin pesan UP beli. Nak jenis batang bukan keping. Jenis ini lebih kenyal. Harga pun boleh tahan. 
         Kjee rendam beberapa batang malam tadi sebelum tidur. Fucuk jenis batang lambat lembut. Rendam air sejuk aje.

         Mujurlah buat camtu sebab lepas sarapan tadi, UnclePali ke Klinik Gigi AU2 Keramat. Ingatkan dia hantar kita balik dulu. Kjee menunggu hampir dua jam dalam kereta. 
         Balik aje tadi terus buat persiapan. Dan Alhamdulillah inilah kejadiannya. Kalau nak resipi penuh, klik SINI. 
         Buat sikit aje arini. UnclePali tak berkenan sangat lauk Jawa ni. So, mokcik ratah sorang2 nanti. Oh ya masa nak makan baru tabur bilis goreng garing. Supaya kruk krak masa nak makan. 





1 comment:

  1. Fucuk ni xbole simpan lama dlm pantry.. nti berkutu.. sbb tu nk msk baru beli..
    Lin pun plan msk fucuk mgu ni.. 😬

    ReplyDelete