Monday, September 18, 2023

RENDANG KERANG BULU


         Kjee jarang beli kerang. So apabila UnclePali kata nak makan kerang rebus, Kjee pun suka sangat. Suruh dia bawa Kjee ke pasar tani di Desa Setapak, pagi semalam (Ahad).
         Kjee risau juga nak beli kerana sebab the last time kami makan di Melaka, kita kena food poisoning. Teruk juga. 
         Tiba di Pasar Tani Desa Setapak, Kjee singgah kat gerai yang selalu Kjee singgah. Mata liar cari kerang. Tak ada. Penjual syor Kjee terai Kerang Bulu. 
         Kjee pandang. Kenapa kulitnya warna hitam? Itu bulunya kata budak itu. Kerang laut dalam. Susah nak hilangkan bulunya. Tetapi isinya sedap. Kenyal. 
         Kenyal? Lebih tepat liat! Foto bawah ni Kjee google. Sebab sampai rumah terus cuba buang bulu. So terlupa nak foto. 


         Mak aiii. Susahnya nak berus hilangkan bulu tu. Kjee guna berus plastik dan berus besi. Gagal. Mulut Kjee bising. UP dengar. Dia masuk dapur dan suruh Kjee tepi. Kjee keluar dapur. Dengar dari jauh dia bebel. "Lain kali tak payah beli. Nyusahkan badan!" 
         Beli sekilo jer. Rm13. Dekat sejam baru siap bersihkan sebiji sebiji. Kjee rebus tanpa air bersama daun kunyit. Cuba keluarkan isi. Ada yang mudah. Akhirnya UP guna lesung pecahkan. 

         Dah penat. Simpan dalam freezer. Nanti nanti lah masak Rendang, Kjee pujuk hati. 
         So tadi kjee keluarkan. Blend cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit sampai halus. Tumis sampai terbit minyak. Campak dua batang serai. Kemudian masuk setengah kotak santan. 
         Dah mendidih, masukkan kerang dan satu asam keping. Apabila nak padam api, Kjee rasa. Terlajak pedas. 
Perlu garam. Memang Kjee nak buat rendang pedas stail Nismilan. 
         Itu jer nak story. Rasa rendang sedap kata my asben. Tetapi lain kali tak payah beli lagi Kerang Bulu. Liat. I also agree. 



         Rendang cara Nismilan bukan macam rendang biasa. Ia mirip Masak Lemak Cili Api yang kering. 







     

1 comment:

  1. Lin pun xnk beli la.. lin ni suka yg mudah2 je kak jee.. sejam nk belek kerang, uish!! 🤭

    ReplyDelete