Monday, September 18, 2023

RENDANG KERANG BULU


         Kjee jarang beli kerang. So apabila UnclePali kata nak makan kerang rebus, Kjee pun suka sangat. Suruh dia bawa Kjee ke pasar tani di Desa Setapak, pagi semalam (Ahad).
         Kjee risau juga nak beli kerana sebab the last time kami makan di Melaka, kita kena food poisoning. Teruk juga. 
         Tiba di Pasar Tani Desa Setapak, Kjee singgah kat gerai yang selalu Kjee singgah. Mata liar cari kerang. Tak ada. Penjual syor Kjee terai Kerang Bulu. 
         Kjee pandang. Kenapa kulitnya warna hitam? Itu bulunya kata budak itu. Kerang laut dalam. Susah nak hilangkan bulunya. Tetapi isinya sedap. Kenyal. 
         Kenyal? Lebih tepat liat! Foto bawah ni Kjee google. Sebab sampai rumah terus cuba buang bulu. So terlupa nak foto. 


         Mak aiii. Susahnya nak berus hilangkan bulu tu. Kjee guna berus plastik dan berus besi. Gagal. Mulut Kjee bising. UP dengar. Dia masuk dapur dan suruh Kjee tepi. Kjee keluar dapur. Dengar dari jauh dia bebel. "Lain kali tak payah beli. Nyusahkan badan!" 
         Beli sekilo jer. Rm13. Dekat sejam baru siap bersihkan sebiji sebiji. Kjee rebus tanpa air bersama daun kunyit. Cuba keluarkan isi. Ada yang mudah. Akhirnya UP guna lesung pecahkan. 

         Dah penat. Simpan dalam freezer. Nanti nanti lah masak Rendang, Kjee pujuk hati. 
         So tadi kjee keluarkan. Blend cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit sampai halus. Tumis sampai terbit minyak. Campak dua batang serai. Kemudian masuk setengah kotak santan. 
         Dah mendidih, masukkan kerang dan satu asam keping. Apabila nak padam api, Kjee rasa. Terlajak pedas. 
Perlu garam. Memang Kjee nak buat rendang pedas stail Nismilan. 
         Itu jer nak story. Rasa rendang sedap kata my asben. Tetapi lain kali tak payah beli lagi Kerang Bulu. Liat. I also agree. 



         Rendang cara Nismilan bukan macam rendang biasa. Ia mirip Masak Lemak Cili Api yang kering. 







     

Related Posts:

  • NASI AYAM HAINAN DAN TAUGE STIR FRY Kjee plan nak masak Nasi Ayam sejak minggu lepas tapi setiap kali UnclePali ke tempat sembelih ayam kat Kuang, ayam habis. Nak beli ayam di supermarket dah tak lalu sejak beli ayam baru sembelih. Pagi tadi, selepas breakf… Read More
  • SIMPLE TAPI SEDAP Kjee, sebenarnya, suka makan nasi kalau ada lauk yang berkuah. Kalau makan di Restoran Nasi Kandar, Kjee selalu beritahu mamak tu : "Kasi taruh semuaaa kuah, campur2, kasi banjir!". Hehehe baru terbuka selera nak maka… Read More
  • IKAN KELI SALAI MASAK LOMAK PODEH Masa Kjee tengah grill ikan keli ni atas grill pan, Kjee teringat satu kisah di bulan Ramadhan. Ada satu kawan beritahu Kjee, jangan percayalah dia orang jual Ikan Keli Goreng Berlada atau Ikan Keli Goreng Masak … Read More
  • SATAR ORANG BUKAN GANU BIKIN Satar ke Sata? Bunyi hampir-hampir sama. Apapun, ia adalah makanan yang cukup popular di Negeri Terengganu. Kalau bercuti ke Terengganu, Kjee mesti beli Satar banyak-banyak. Makan dalam perjalanan ke destinasi. Dan samp… Read More
  • OTAK OTAK PERANAKAN NYONYA PULAU PINANG Tadi masa Kjee surf internet cari resipi Otak-Otak Nyonya yang original, Kjee tersengih apabila dalam satu blog tu, pemiliknya kata kenapa beri nama Otak-Otak sedangkan ia tak ada kena mengena dengan otak. … Read More

1 comment:

  1. Lin pun xnk beli la.. lin ni suka yg mudah2 je kak jee.. sejam nk belek kerang, uish!! 🤭

    ReplyDelete