Friday, June 28, 2024

SIZZLING YEE MEE

       Ini antara my comfort food. Tiap kali ke Food Court (biasanya di Shopping Malls), my beloved husband akan cari stall yang ada jual Sizzling Mee. Unclepali tahu kalau jumpa stall berkenaan, Kjee akan senyum 'from ear to ear'. 😁
       Maklumlah isterinya sejak tiga empat tahun ini sangat cerewet bab makan. Kalau makan nasi, hanya setakat sesuap dua. Lebihnya hanya ratah lauk. Itupun kalau lauk yang dia berkenan.
       Anyway, ada sekali itu kami singgah di Food Court Giant, Taman Permata. Dah banyak tahun Kjee makan Sizzling Yee Mee situ. Selalu mintak extra cendawan. Bayar lebih pun tak kesah. Harga biasa rm8. Biasanya penjual itu mintak rm10 untuk extra Shitake Mushrooms. No hal lah. Tetapi hari itu, agaknya budak baru yang kerja situ. Caj Rm12 untuk tiga ketul cendawan! Lihat foto bawah!
       Opkos Kjee naik darah. Rm12 untuk tiga ketul aje! Maka dalam hati Kjee menyumpah. Takkan ke sana lagi!! Tetapi mana nak cari Sizzling Yee Mee yang menepati selera di tempat lain? UnclePali kata masak sendirilah! Ya I know. Tapi keadaan Kjee yang tak sihat, macam mana nak masak? Setiap hari sekarang, (bekfes, lunch, dinner), UnclePali yang sediakan.
       But knowing my husband, dia tahu isterinya mesti kempunan nak makan. So dia buat apa? Google lah cara masak Sizzling Yee Mee di Internet.
       "Alahai senang banget!" katanya. Isyhhh isteri dia pun ada resipi sendiri. Tak susah mana pun sebenarnya. Cuma tak complete tanpa Hot Plate kata Kjee. Tetapi itu tak menjadi hal. 
        Unclepali terus intai kat Shopee. Dan tiga hari kemudian. Tarraaaaa. 👇


       So, setelah dia beli semua bahan2... Yee Mee, Shitake Mushrooms, Sawi Cina Siew Pak Choy, isi ayam yang dihiris-hiris, cili kering yang dikerat dua, 3 ulas bawang putih, sos tiram, kicap hitam karamel, fish sauce, kicap manis, satu sudu air tepung jagung... maka kami pun mula projek.
       Kjee duduk di bangku dekat meja lipat berhampiran stove. Kjee tak boleh berdiri lebih 5 minit. Mesti tumbang. 
       Bahan2 tadi agak2 aje lah untuk satu ketul Yee Mee. Makan untuk satu orang.
       UnclePali panaskan kuali. Bubuh minyak lebih kurang 2 sudu. Dah panas, campak bawang putih yang telah diketuk-ketuk. Dah garing sikit masukkan ayam. Ayam dah kecut, masukkan cili kering . Biarkan seketika. Masukkan pula 2 cawan air. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan kicap2. Dua sudu kicap manis, dua sudu oyster sauce dan satu sudu kicap karamel. Kicap karamel untuk beri warna hitam kat kuah. Kalau tak mau, sebab kicap manis oyster sauce dah cukup hitam, abai. Masak sehingga mendidih. Rasa. Kalau belum cukup masin, letak fish sauce.

        Kemudian masukkan cendawan. Kjee suka letak banyak cendawan. Dalam masa itu, kalau ada yang guna hot plate, panaskan hotplate atas dapur. Kalau tak ada, abaikan. 
        Kjee masak cendawan itu lebih kurang 5 minit. Sediakan satu sudu besar tepung jagung yang telah dicampur dengan dua sudu air.
        Kalau guna sayur sawi pak choy tu boleh masukkan ketika ini. Lepas itu masukkan satu ketul Yee Mee. Kacau perlahan-lahan sampai ia lembut. Curahkan air tepung jagung. Ini untuk memekatkan kuah. Ada yang pecahkan telor masa ini. Kjee tak letak. Titiskan sedikit minyak bijan kalau ada.
        Tuangkan perlahan-lahan ke hot plate. Hati2 kena percik. Kalau tak ada hot plate, tuangkan jer ke dalam mangkuk (dish). Makan dengan cili api potong kalau tak cukup pedas.
        Selamat Mencuba.





      

Related Posts:

  • AYAM STIR FRY ALA SZECHUAN Lama nyer Kjee tak buat Szechuan chicken. Ia lauk yang menjadi favorite kami sekeluarga. Szechuan ada lah daerah di Negara China dimana hampir semua penduduknya gemarkan makanan yang pedas. Apa sahaja lauknya past… Read More
  • SUP IKAN MERAH LETAK KENTANG Mama gi pasar kelmarin, ada nampak ikan merah? Itulah dailog cliche si Nadia kalau nak suruh Kjee masak lauk yang dihajatinya.  Kjee memang faham sangat-sangat perangai dia. Nak Mama masak Asam Pedas, tan… Read More
  • BUBUR NASI DAGING SAMA TELOR ASIN Biasanya selepas beberapa hari makan rendang, lontong dan segala yang memanaskan perut sepanjang Syawal, Kjee akan selang selikan dengan menyediakan makanan yang elok untuk perut. Misalnya, sayur-sayuran yang masak… Read More
  • MIHUN KARI NYONYA GUNA BIHUN JENAMA TAYBA Kjee rasa kalau korang pergi ziarah di Hari Raya, dan jumpa Mi Kari, pasti dah tak pandang lagi ketupat rendang kan? Serius ni... sapa lah larat nak makan ketupat rendang sepanjang Raya. Betul tak? Well, itu … Read More
  • STIR FRY CENDAWAN DENGAN CARROT Lauk ini mungkin sesuai dengan tekak mereka yang gemarkan cendawan. Ia dimasak secara stir fry atau goreng pantas. Bahan yang digunakan selain cendawan dan carrot ialah bawang putih, sos tiram dan sedikit minyak b… Read More

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak jee. Slm kenal. Sy selalu singgah d sini .. Alhamdulillah kak jee Update blog. Rindu nk baca celoteh kak jee dan resipi2 yg kak jee share d sini. Melalui blog kak jer inilah sy kenal Mak Anne Paya Jaras dan sy kerap jg pergi mkn d kedai Mak Anne. Semoga kak jee sihat selalu n terus menulis d sini.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Terima kasih follow blog saya ini. Sejak akhir2 ini saya tak sihat. Jika kembali sihat, Insya Allah saya menulis balik.

    ReplyDelete
  3. semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kak jee.

    ReplyDelete