Sunday, July 7, 2024

EGG FLOSS BUTTER PRAWNS


       Kalau menjamu selera di restoran Chinese Muslim, ini antara yang dipesan. Makan tak pandang kiri kanan. Hingga menjilat jarilah... sehingga bil sampai. 😁 Terkejut jugaklah tengok harga. Rm25 sehingga Rm30 sepinggan!
       Apabila lama tak ke Restoran Chinese Muslim, teringat pulak nak makan. UnclePali tanya sama susah nak buat. Well, kita pernah buat mungkin lebih 10 tahun lalu sewaktu tinggal di Sg Buloh. Tetapi kejadiannya ketika itu, mengecewakan. So that was first and last. 😂
       UnclePali terus cari resipi dan cara memasaknya di You Tube. 
       Pagi tadi dia ke Pasar Tani, Desa Melati. Kjee memang beli ikan atau seafood lain disitu kerana lebih segar dari supermarket.
      Kerana tak yakin, Kjee suruh UnclePali beli 10 ekor sahaja dulu. Kalau sukses lain kali boleh beli lagi.
       Sampai rumah, Kjee pelan2 ke dapur. Bersihkan udang dan buang 'tali hitam' pada udang itu. Kjee guna lidi yang tajam hujungnya.

       Cara ini udang itu cantik tanpa dirosakkan kalau digunakan pisau untuk toreh keluar 'tali hitam' itu.
       Kemudian udang dilap kering guna tisu dapur. Lumurkan garam kepada udang. Terus disalut tepung jagung dan goreng. Goreng separuh masak sahaja.

       Kemudian cincang 4 ulas bawang putih, potong2 cili padi. Banyak mana  cipi padi ikut kepedasan yang suka. Juga guna daun kari dari dua tangkai.

       Selepas itu, pecahkan telor dan asingkan putih dari kuning. Resipi ini hanya guna kuning telor. Oleh kerana hanya ada telor gred B di rumah, UnclePali kata dia guna 1 biji kuning telor untuk seekor udang. Pukul kuning telor itu manja2 kemudian ditapis.
       Letak lebih kurang 3 sudu minyak masak dalam kuali. Apabila sudah panas sedikit, masukkan lebih kurang 200gms butter. Api mesti perlahan kerana bimbang butter hangit. Dah cair, tuangkan kuning telor yang telah ditapis tadi.
        Tuang dari jarak yang agak tinggi. Api sederhana dan terus kacau tanpa henti.

       Masak lebih kurang 5 minit. Buih akan keluar ketika ini. Jangan panik. Jangan berhenti mengacau. Masukkan terus daun kari. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih tadi. Terus kacau sehingga bawang putih agak garing.
       Masukkan pula udang goreng tadi. Balik-balikkan pantas-pantas sampai terus mengacau. Buih makin bertambah. Setelah 3-4 minit, gunakan tapis aluminium untuk menapis. Tuang semua bahan2 tadi dan tunggu sehingga minyak habis ditoskan. Kemudian plating ikut suka.


       Kejadian yang UnclePali hasilkan hari ini, mungkin kureng perfect lagi. Tak cantik sangat maklumlah baru kali pertama membuatnya. Lepas ini UnclePali kata dia akan buat lagi. Kjee faham sangat kalau dia kata macam itu, dia belum puas hati dengan kejadian pertama kali ini. 
       Selamat mencuba kalau sudi.

        
        
       
       

1 comment: