Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'.
Seperti biasa, timbul keinginan untuk masak sendiri. Pernah dulu seorang mbak (kakak) beritahu kuah Bakso mesti letak buah keras. Isyhhh bukan ke buah keras untuk menjadikan lauk pauk lebih lemak. Kjee terlupa pulak nak tanya kenapa harus letak buah keras.
Mula2 Kjee rebus sedikit daging. Adalah lebih kurang 100 gms. Bakso ori, orang sana guna tulang lembu. Kjee tak ada jadi guna daging. Ini untuk mendapatkan kuah bakso yang berasa daging. Kalau tak ada daging, boleh guna 2 atau 3 kiub daging. Rebus daging sampai lembut.
Kjee mayang dua labu bawang besar yang taklah besau sangat. Juga 4 ulas bawang putih dan satu inci halia. Kemudian ditumis dalam minyak yang sedikit sehingga warna keperang-perangan.
Sementara menunggu gorengan itu siap, tumbuk tiga biji buah keras bersama satu sudu kecik serbuk lada putih. Dah halus, masukkan gorengan tadi ke dalam lesung. Tumbuk sampai halus.
Kemudian kaup semua bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan ke dalam periuk rebusan tadi. Apabila sudah mendidih, rasa. Kjee letak jugak 2 ketoi kiub daging. Tak perlu letak garam. Kalau masih tidak mencupi rasanya, tambah seketul lagi kiub daging.
Apabila sudah mendidih, potong2 sayur sawi dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kjee hanya letak bebola daging bakso setelah api dipadam. Ini untuk elak bebola daging itu pecah. Dalam kata lain, sekadar celur sahaja.
Hidang panas-panas dengan sambal cili. Cara orang sana, cili padi dan seulas dua bawang putih ditumbuk dan dicampur kicap manis.
Oh ya lupa pulak, Bakso juga dimakan dengan bihun atau mi kuning. Kjee dan UnclePali suka Bakso Kosong aje.
Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment