Monday, August 26, 2024

BERGEDIL POPIA




        Lain dirancang, kejadiannya lain pulak. Tiap minggu Kjee mesti buat Bergedil. Untuk stok hari tak sihat. So lepas sarapan tadi, Kjee slow2 ke dapur.
        UnclePali nampak Kjee buang kulit kentang. Kjee beritahu nak buat Bergedil. "Oh You nak buat Bergedil Popia Gulung?" Kjee pandang UnclePali. Baru teringat dua tiga hari lepas nampak foto Popia Bergedil di newsfeed FB. Hehehe mujur ada kulit popia dalam freezer.

        Ada dua saiz kulit popia tu. Kjee guna saiz yang kecik. Tak mahu kejadiannya nanti besar gedabak. UnclePali tolong defrost ayam. 
        Kjee hiris tebal-tebal dua biji kentang dan goreng. Kjee jugak hiris sebiji bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Goreng. Kemudian campur dengan kentang dan tumbuk. 

        Kjee letak cili flakes supaya ada rasa pedas2 sikit. Gaul rata.  Kalau perlu, letak garam secukup rasa. Tepikan seketika.
         Sementara itu, UnclePali letak kunyit dan garam kepada ayam dan goreng. Dah siap, ayam dicarik-carik.



        Gaul ayam bersama kentang tadi. Kemudian sediakan popia. Sehelai diletak atas pinggan. Susun satu sudu bergedil tadi dan lipat. Sapu sedikit tepung jagung yang telah dicampur air sebagai pelekat. Buat sampai habis.

        Goreng cara deep frying (tenggelam minyak) guna api sederhana sahaja. Goreng sehingga warna keperang-perangan kira-kira 4-5 minit sahaja. Intinya dah masak jadi nak garingkan luaran sahaja.
        Siap. Selamat mencuba.










1 comment:

  1. Tengah femes sekarang popia bergedil ni.. comel2 popia bergedil kak jee 😊

    ReplyDelete