Tuesday, August 13, 2024

SUP WONTON

         Chinese food lagi? Hehehe begitu lah mood Kjee apabila usia sudah menjelang 7 series. Aritu gi bekfes, UnclePali pimpin Kjee ke meja kemudian dia gi cari parking. Seorang lelaki di meja sebelah nampak Kjee bertongkat duduk sorang2.
       "Salam Adik. Sakit apa guna tongkat?" Kjee pandang dia. Usia dalam awal 50an rasanya. "Adik? Kakak kot. Saya baru sahaja sambut birthday ke-69 tahun." Dia terkejut. "Maaf kak. Nampak muda sangat!"
        Oppps tak maulah story pasal itu. Hari ini Kjee nak share cara buat wonton sup inti udang/isi ayam. Dah pernah buat dua tiga kali sebelum ini. Pepagi tadi Kjee google resipi kat internet. Rupa2 dalam blog Kjee ada resipi sendiri.
        Suruh UnclePali tengok dalam freezer. Ada ayam dan udang. Juga ada cendawan shitake dan sayur Bak Choy. Cun lah tu.
        Slow2 Kjee duduk di sinki bersihkan udang. Juga keluarkan ayam, defrost dan asingkan tulang dari isi. Kulit udang dan tulang ayam Kjee rendidih. Airnya nanti buat sup wonton.
        Kjee cincang udang dan isi ayam. Kemudian potong dadu halus2 dua ketul cendawan Shitake dan tiga ulas bawang putih. Pelik juga dalam foto bawah udang yang dicincang tu jadi kaler biru. Pencahayaan punya pasal kot.


        Lepas itu, dicampur semua bahan cincang. Letak sedikit sos tiram, minyak bijan dan satu sudu makan tepung jagung. Gaul rata. Perapkan fridge lebih kurang satu jam.
        Ketika inti diperap, Kjee cek rebusan kulit udang dan tulang ayam. Dah siap, tapis tepikan kulit udang dan tulang ayam. Letak satu kiub ayam dan juga kicap cair ikut rasa.  Tepikan.


        Setelah lebih sejam 'diperap', siap sedia untuk melipat. UnclePali beli kulit wonton yang bulat. Kalau empat segi, lebih senang melipat.
        Kjee tak lah terer melipat. Main hantam saja labu. 🫣
        Mula2 letak sehelai kulit itu diatas piring. Letak satu sudu inti. Sapu air sekeliling kulit agar kulit itu melekat dan lipat dua. Kelim ikut pandai korang lah.

        Siap semua, hidupkan semula api sup. Sudah mendidih, celur seketika sayur Bok Choy yang telah dibelah dua. Sudah lembut, keluarkan. Susun dalam bekas hidang.
        Masukkan pula separuh daripada wonton perlahan-lahan ke dalam sup. Api dapur harus sederhana. Biarkan direbus lebih kurang 10 minit. Kemudian keluarkan ke dalam bekas hidang. Rebus sebahagian lagi hingga siap semua.

        Susun wonton disisi sayur bok choy dalam bekas hidangan.  Kemudian curahkan sup diatasnya. Hidang terus. Kalau ada sambal udang kering crispy, boleh dimakan bersama. Kalau tiada, boleh guna sos cili.
        Sekiranya nak tengok wonton yang Kjee buat dulu, KLIK SINI. 
Selamat mencuba. 



      
       
        

5 comments: